Sunday, 13 April 2014

Lillahi Ta'ala

Assalamualaikum wbt  sahabat-sahabat ana yang dikasihi Allah Swt..

Bersesuaian dengan tajuk ana nak tanya sahabat-sahabat semua apa erti "Nawaitu" atau dalam bahasa melayunya "Niat"??
Ada yang boleh definisikan?? :)
Ok larh..
NIAT??
Dari segi bahasa : niat bererti kehendak atau tujuan hati..
Dari segi Istilah : niat bererti gerak hati melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan tujuan mencari Keredhaan
                          Allah Swt..

” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Kita menutup aurat niat pada Lillahi Ta'ala...
Kita belajar niat Lillahi Ta'ala..
Kita bersolat niat Lillahi Ta'ala..
Kita hidup niat biar Lillahi Ta'ala...
Kita berdakwah niat Lillahi Ta'ala...
Kita mendirikan masjid niat Lillahi Ta'ala..

Jadikanlah amalan kita,perbuatan kita niat 
LILLAHI TA'ALA...
Tak sure??? Recheck balik..
Tajdid Nawaitu kita...
Tapi jangan pula mencuri, wat maksiat, kata Lillahi Ta'ala..
Memang mu cari pasal.. :D

Kadang kita menyebarkan dakwah,
ada orang "curi" nukilan kita,
copy paste then mengaku dia punya,
Isbir Ya Qalbi..(Sabar Duhai Hati) :)
Allah swt menguji keIkhlasanmu...
Allah swt menguji sekuat mana imanmu bertahan..
Allah swt melihat setabah mana hatimu menerima ujianNYA..
Ikhlaskan.. Kerana Ilmu yang kita sampaikan juga milik Allah swt..
Yang kita mahu pandangan Allah bukan pandangan manusia..

Ada satu kisah...

 Kisah yg berlaku kpd Usamah Bin Zaid, cucu angkat Rasulullah. beliau sendiri menceritakan:

 " kami  bertembung dgn seorang musuh. kami mengepungnya, lalu dia mengucapkan لا اله إلا الله. kami membunuhnya. kemudiannya peristiwa itu aku laporkan kpd Nabi. lalu, Nabi bersabda, 'Apa kamu nak buat dgn لا اله إلا الله pada hari kiamat nanti?  kamu bolehkah belah hatinya sampai kamu boleh tahu bhawa dia mengucap krn itu? apa kamu nak buat dgn لا اله إلا الله pada hari kiamat nanti? '  Usamah mengakhiri ceritanya: Baginda tak henti-henti mempersoalkan sehingga aku betul2 berangan kalaulah aku tidak masuk Islam lgi melainkan hari itu." (Riwayat Abu Daud)









No comments:

Post a Comment